<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\0751435140329529114064\46blogName\75Makanan+Tradisional+Cina\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://makanantradisional-whitley-cina.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://makanantradisional-whitley-cina.blogspot.com/\46vt\75-3391945109552848467', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, August 13, 2008

Kwetiau (guotiao juga disebut shā hé fěn) adalah sejenis mi Tionghoa berwarna putih yang terbuat dari beras. Dapat digoreng ataupun dimasak berkuah. Kwetiau merupakan makanan yang cukup populer di Indonesia, terutama di daerah Jakarta dan tempat-tempat lain yang banyak didiami warga keturunan Tionghoa.
Kwetiau pada umumnya identik dengan etnis Hokkian dan Tio Ciu. Dalam penyebarannya di Indonesia, etnis Hokkian dan Tio Ciu berbeda dalam hal penyajian kwetiau. Etnis Hokkian yang banyak berdiam di Sumatra terkenal dengan Kwetiau Medan yang memakai baso ikan, lapchiong (sosis babi), dan telur bebek. Sedangkan etnis Tio Ciu yang banyak berdiam di Kalimantan terkenal dengan Kwetiau Sapi yang memakai daging sapi dan jeroannya seperti babat.


Contoh gambar-gambar kwetiau, guotiao dan shā hé fěn :



♥ makanan KUCINTA !

Tuesday, August 12, 2008

Itik Peking (beijing kaoya) adalah makanan tradisional di Tiongkok yang berasal dari Beijing.
Makanan itik Peking ini juga ditemui di Taiwan, dibawa oleh pemerintahan nasionalis
Kuomintang yang kalah perang saudara dan mundur ke Taiwan tahun 1949.
Itik Peking original (bebek Peking di Beijing) dibuat menggunakan daging itik khusus diternakkan untuk makanan ini. Itik-itik digemukkan dengan cara memberikan makanan bergizi, pada saat itik-itik kekenyangan, peternak-peternak mungkin saja memasukkan makanan ke dalam kerongkongan sang itik secara paksa. Ini yang kemudian menjadikan itik Peking juga dikenal dengan nama itik isi.
Itik tadi disajikan setelah dipanggang dengan kayu-kayu bakar khusus yang akan menentukan wangi atau tidak itik yang dipanggang tadi.



Contoh gambar-gambar Itik Peking :




♥ makanan KUCINTA !

Monday, August 11, 2008

Cakoi merupakan doh berbentuk panjang, berwarna perang keemasan bila siap dimasak, ia dimasak dengan minyak yang banyak dan merupakan satu masakan orang Cina dan di Indo-China. Kebiasaannya, ia dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya.
Di sebahagian kalangan penduduk utara semenanjung Malaysia, cakoi juga dikenali sebagai patongko, yaitu asal perkataan dari
Thailand yang juga merujuk kepada kuih jenis ini.
Perkataan yau ja gwai dan u char kway digunakan untuk menunjukkan tunjuk perasaan kepada Dinasti Song (960-1279), secara rasminya ialah Qin Kuai (Kantonis: Chun Kui), yang mengumpulkan dan membentuk satu pakatan untuk menjatuhkan jeneral Yue Fei, seorang idola dalam menyemarakkan semangat kebangsaan dalam orang-orang cina. Dikatakan, makanan ini menggambarkan dua bentuk manusia yang digoreng, kemudiannya ia bercantum ketika dimasak, yang dikatakan ia adalah Qin Kuai dan isterinya, kedua-duanya bergabung dengan musuh untuk menjatuhkan jeneral sehingga titisan darah terakhir. Jadi, cakoi dimakan dan dimasak berkeadaan dengan minyak yang banyak, seperti ia memusnahkan pasangan suami-isteri tersebut. Bagi mengekalkan tradisi kebencian ini, cakoi dibuat secara panjang hingga 2 kaki dan disatukan ditengah, bagi melambangkan pasangan tersebut
[1].
Cakoi bukanlah satu makanan atau masakan yang keasliannya datang dari kalangan
Melayu, ia tercetus dari kedatangan pendatang orang-orang Cina, orang Siam dan juga orang Indo-China yang datang ke Malaysia. Namun, cakoi dimakan oleh orang Melayu bukan ketika sarapan, ia banyak didapati dijual oleh penjual gerai jalanan ketika waktu petang. Cakoi bagi kalangan Melayu, kebanyakkannya dimakan ketika waktu petang dan ia dicecah dengan kuah kacang cair. Cakoi jarang dibuat dirumah tapi hanya banyak dibeli digerai jalanan dan ketika pasar malam.


Contoh gambar-gambar cakoi :



♥ makanan KUCINTA !

Sunday, August 10, 2008

Kuih Bulan atau yuèbǐng adalah sejenis kuih Cina yang sering dimakan sewaktu Perayaan Pertengahan Musim Luruh.


Menurut hikayat Cina, kuih bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di negara China semasa pemerintahan puak Mongol (Dinasti Yuan) yang agak tegas dan kejam. Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan ke atas rakyat Cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Disebabkan ini, rakyat Cina dengan dorongan pihak Ming bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam semasa bulan sedang mengembang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai-ramai. Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Cina dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.


Kuih bulan dibuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji teratai atau kacang merah, kebiasaannya dengan kuning telur masin di pertengahannya.



Contoh gambar-gambar bak kut teh :






♥ makanan KUCINTA !

Saturday, August 9, 2008

Jiaozi (transliteratsi bahasa Cina) atau gyōza (transliterasi bahasa Jepun) atau mandu (transliterasi bahasa Korea), ialah sejenis ladu Cina yang laris di China, Japan, Korea, dan juga di luar Asia Timur terutamanya di Amerika Syarikat.
Jiaozi biasanya terdiri daripada daging kisar dan/atau isian sayur yang dibalut dalam kepingan
doh nipis yang digulung, kemudian ditutup dengan menekan sisinya agar rapat atau mengeriting. Jiaozi tidak patut dikelirukan dengan wantan: jiaozi mempunyai kulit yang lebih tebal dan bentuk piring berganda yang lebih leper dan oblat (serupa bentuknya dengan ravioli), dan lazimnya dimakan dengan sos celup cuka soya (dan/atau sos cili pedas); wonton pula kulitnya lebih nipis, berbentuk bebola, dan biasanya disajikan dalam kuah.

Contoh gambar-gambar jaozi, gyōza atau mandu :


♥ makanan KUCINTA !

Friday, August 8, 2008

Kuih bakul, nian gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada pulut. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana nian gao juga membawa erti "makin tahun makin tinggi."

Contoh gambar kuih bakul atau nian gao :




♥ makanan KUCINTA !

Thursday, August 7, 2008

Yusheng atau yee sang (yúshēng) ialah sejenis salad ikan mentah bergaya Cina. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebikan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti Chaozhou dan Shantou kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang dikenali sebagai Nǚwō (女娲) memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru qamari. Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nüwo. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura demi kehidupan yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.
Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila resotran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.

Contoh gambar-gambar Yusheng atau yee sang :





♥ makanan KUCINTA !