Saturday, August 9, 2008
Jiaozi (transliteratsi bahasa Cina) atau gyōza (transliterasi bahasa Jepun) atau mandu (transliterasi bahasa Korea), ialah sejenis ladu Cina yang laris di China, Japan, Korea, dan juga di luar Asia Timur terutamanya di Amerika Syarikat.
Jiaozi biasanya terdiri daripada daging kisar dan/atau isian sayur yang dibalut dalam kepingan doh nipis yang digulung, kemudian ditutup dengan menekan sisinya agar rapat atau mengeriting. Jiaozi tidak patut dikelirukan dengan wantan: jiaozi mempunyai kulit yang lebih tebal dan bentuk piring berganda yang lebih leper dan oblat (serupa bentuknya dengan ravioli), dan lazimnya dimakan dengan sos celup cuka soya (dan/atau sos cili pedas); wonton pula kulitnya lebih nipis, berbentuk bebola, dan biasanya disajikan dalam kuah.
Contoh gambar-gambar jaozi, gyōza atau mandu :



♥ makanan KUCINTA !