MAKANAN TRADISIONAL CINA
Sunday, August 10, 2008
Kuih Bulan atau yuèbǐng adalah sejenis kuih Cina yang sering dimakan sewaktu Perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Menurut hikayat Cina, kuih bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di negara China semasa pemerintahan puak Mongol (Dinasti Yuan) yang agak tegas dan kejam. Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan ke atas rakyat Cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Disebabkan ini, rakyat Cina dengan dorongan pihak Ming bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam semasa bulan sedang mengembang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai-ramai. Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Cina dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Kuih bulan dibuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji teratai atau kacang merah, kebiasaannya dengan kuning telur masin di pertengahannya.
Contoh gambar-gambar bak kut teh :


♥ makanan KUCINTA !
PENAFIAN
-
KATA-KATA MANIS
PROFIL
WHITLEY SECONDARY SCHOOL
2008
Dayang 3e3
Nurul Atiqah 3e1
Maswiyah 3e2
Andhika 3e1
Firdaus 3e4
LELAMAN WEB LAIN